Wednesday 28 March 2012

Tips Memilih Buah


  1. Bentuk buah yang padat memiliki isi buah yang banyak, kulit luar yang mulus dan bahagian hujungnya akan merekah jika sudah matang.
  2. Pilih buah yang agak keras untuk mendapatkan mutu yang baik.
  3. Warna buah yang cerah, tidak kusam dan terang menandakan buah itu buah yang berkualiti.
  4. Bagi pemilihan buah durian pula, lihat pada bahagian tangkai. Jika, bahagian tangkai terasa melekit apabila digosok, ia menandakan buah durian itu masih baru. Buah durian yang telah lama biasanya memiliki tangkai yang layu dan kecut. Selain itu, duri durian yang masih keras dan tajam menadakan buah masih segar lagi dan kulitnya tidak berubah kepada kekuningan.
  5. Buah-buahan pada musimnya adalah segar dan berkualiti. Pemilihan buah pada musimnya adalah bertepatan sekali.
  6. Pemilihan buah naga dilihat berdasarkan warna kulitnya. Buah yang cerah adalah buah yang berkualiti bagus. Buah seharusnya lembut sedikit apabila ditekan dengan menggunakan jari.
  7. Buah betik hendaklah dipilih berdasarkan warnanya. Lihat pada kulit yang bertukar dari hijau ke kuning.
  8. Tip pemilihan buah nenas adalah dengan melihat pada warna kulit dan daunnya. Warna kulit dan daun yang cantik menandakan buah nenas itu segar. Bagi mengetahui tahap kematangan buah nenas, tarik sedikit daunnya. (pilih daun yang berada di pangkal atas). Jika daun yang ditarik terjulur keluar, menandakan buah itu telah masak.
  9. Buah belimbing yang telah masak mempunyai warna kuning terang sedikit kehijauan. Isinya tegang apabila disentuh.
  10. Pemilihan buah manggis adalah senang untuk dikenalpasti. Buah yang elok adalah buah yang berkulit tebal, isi bersaiz kecil dan berwarna ungu gelap.
  11. Buah rambutan boleh didapati samada berwarna kuning ataupun merah. Warna hijau menandakan buah yang belum masak. Tidak digalakkan membeli buah rambutan yang mempunyai rerambut berwarna hitam kerana ia menandakan buah telah terlebih masak.

0 comments:

Post a Comment