Wednesday 28 March 2012

Tips Menyimpan Buah


  1. Kebanyakan buah-buahan tropika seperti nangka, betik, jambu air disimpan pada guhu bilik.
  2. Mangga harus disimpan pada suhu bilik dan kering. Jangan simpan mangga di dalam peti sejuk. Mangga yang masih mentah akan menjadi matang dalam masa tiga hari jika dibiarkan dalam suhu bilik. Apabila sudah masak, mangga boleh disimpan di dalam peti sejuk.
  3. Tembikai merupakan buah yang sangat sensitif dengan gas ethylene dan akan menjadi  lebih cepat matang jika berdekatan dengan buah-buahan yang mengeluarkan gas tersebut. Tembikai yang mentah tidak digalakkan disimpan di dalam peti sejuk. Tembikai yang sudah masak dan dalam keadaan terpotong boleh disimpan di dalam peti ais dan mampu  bertahan untuk tempoh tiga hari.
  4. Buah-buahan yang busuk harus segera dipisahkan kerana dikhuatiri akan mempengaruhi buah yang lain. Pemeriksaan secara teratur harus dilakukan untuk memastikan kesegaran buah.
  5. Buah nenas yang belum masak hendaklah disimpan pada suhu bilik. Tetapi ianya boleh disimpan di dalam peti sejuk sekiranya ia telah mencapai tempoh kematangan.
  6. Pisang merupakan di antara buah yang sangat sensitif kepada suhu dingin. Ia disimpan pada suhu bilik dan juga kering. Jika ia disimpan pada suhu dingin, buah ini akan bertukar menjadi kehitaman dan tidak akan menjadi matang. 

0 comments:

Post a Comment