Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
Bermula 16 hingga 18 Mac ini bertempat di Rural Transformation Centre (RTC), Gopeng, Perak Darul Ridzuan akan berlangsungnya "Karnival Florikultur & Herba".
Berbagai aktiviti telah dirangka untuk memeriahkan karnival yang bakal berlangsung ini. FAMA sebagai peneraju utama karnival ini akan menjayakan beberapa aktiviti seperti Demonstrasi Kraftangan : Labu Sayong, Demonstrasi Kraftangan : Bakul Rotan, Pameran Bunga Hiasan dan sebagainya yang dijangka mampu memberikan banyak informasi kepada semua pengunjung karnival tersebut.
![]() |
| Antara produk yang akan dipamerkan oleh FAMA sempena karnival ini |
Anda juga boleh mendapatkan pelbagai produk florikultur dan herba di RTC dengan harga istimewa sempena karnival ini.
Jangan lepaskan peluang kepada semua penduduk di sekitar RTC untuk datang beramai-ramai memeriahkan karnival ini.
Anda semua dijemput hadir...
Admin
Bahagian Pasaran Antarabangsa
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)








