Tuesday, 20 March 2012

Fruit Logistica 2012

Bahagian Pasaran Antarabangsa FAMA telah menyertai Pameran Perdagangan Fruit Logistica pada 8 - 10 Februari 2012 bertempat di Berlin, Germany.

Pameran Perdagangan ini bertujuan untuk :-

i. Mempromosikan produk segar tempatan ke pasaran Eropah
ii. Memperluaskan pasaran produk segar tempatan ke pasaran eskport
iii. Meningkatkan jaringan perniagaan di luar negara
iv. Mendedahkan pengeksport tempatan ke pasaran Eropah khasnya
v. Mempelajari teknologi, produk, inovasi baru dari negara luar
















Pada keseluruhannya, penyertaan FAMA pada pameran Fruit Logistica 2012 memberangsangkan berdasarkan kepada sambutan hangat daripada pelawat yang begitu berminat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut terhadap produk yang dipamerkan. Pihak pengeksport yang turut serta juga menyatakan rasa puashatinya terhadap bilangan pertanyaan perniagaan yang diterima yang berkualiti. 




Seterusnya penyertaan oleh pihak FAMA dalam pameran ini perlu diteruskan pada tahun hadapan dan sekiranya boleh ianya dalam skala yang lebih besar.

0 comments:

Post a Comment